} -->
skip to main | skip to sidebar

pandA COMEL (♥)


widgets

10 Jan 2014

hati ini tiada siapa yang tahu :')

….
Dulu, tumblr ini bagaikan separuh dari hidup aku. Tak update sehari memang tak sah. Segala perjalanan kehidupan seharian aku diabadikan dalam tumblr ini. Tapi sekarang, banyak yang aku terpaksa simpan. Simpan dalam hati. Sampai kadang kadang hal yang aku simpan tu memang hanya aku sahaja yang tau. Tiada siapa yang tahu apa yang terbuku dalam hati aku. 
Yup, banyak hal yang berlaku dalam hidup aku. Macam macam kesedihan yang aku alami. Entah lah. Aku sendiri tak pasti. Apakah kesedihan ini aku yang cipta sendiri atau memang sudah kehendak Illahi. Aku confuse. Tapi dalam masa yang sama, aku tidak boleh terus down. Aku harus bangun dan kuat. Hati aku hancur, fikiran aku berkecamuk. Aku buntu :(
Redha. Ye. Aku harus redha. Dalam waktu aku susah begini, tiada siapa yang boleh bantu aku selain DIA. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku. Dalam nya luka. Punah nya harapan aku. Semuanya datang dan pergi begitu pantas dalam hidup aku. 
Sahabat yang aku sayang. Sayang sangat. Aku ada mereka. Walaupun kadang kadang aku rasa aku bersendirian. Aku masih ada mereka. Sahabat gembira dan airmata. Mereka yang banyak bagi aku semangat, bagi aku harapan dan bagi aku sokongan untuk terus kuat.
 Pada zahirnya aku nampak kuat. Pada luarannya aku tampak begitu tabah. Tapi hakikatnya dalam hati aku merana. Aku menderita. Aku rasa kosong. Aku rasa bingung. Aku lemah! :’(

Dan hari ini, aku meratap lagi. Aku menangis semahunya. Aku lepaskan segalanya seperti selalu. Selagi hati ini kosong tidak berpenghuni. Selagi aku masih keseorangan. Selagi aku masih memendam. Aku pasrah dengan ketentuan. Aku redha dengan takdir hidup aku. Aku berserah hanya padaMu Ya Allah!
Posted by jambu manis at 3:58 am

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
THE NAME GIVEN NATASYA, 14 YEARS OLD, SERI ISKANDAR, KEEP CALM AND LOVE HIM <3

PEMILIK BELOG'S

PEMILIK BELOG'S

26.5.2012

26.5.2012
 

si bambam punya cerita. Powered by Blogger.