Hening malam yang sepi buat aku rindukan dia. Walau bermacam yang
terjadi, walau berjuta kali berbalah, walau seringkali aku kalah. Tapi
hati aku masih rindu. Hati aku masih sayang. Entah kenapa, setelah
berminggu aku cuba cekalkan hati aku untuk kuat, untuk lupa semua
kenangan dengan dia. Tiba tiba hati aku teringat. Hati aku rindu. Ya
Allah. Kenapa cubaan begini kau turunkan untuk aku Ya Allah.
Benar aku rindukan dia. Kali ini aku bukan rindu perkara yang sering
kami lakukan bersama. Tapi kali ini aku rindukan dia. Diri dia yang
sebenarnya, Jiwa seorang lelaki yang pernah mencintai aku sepenuh
hatinya suatu ketika dahulu. Tapi aku sia siakan. Katanya aku yang sia
siakan. Sedangkan aku cuba buat yang terbaik untuk hubungan tersebut.
Tapi salahnya tetap pada aku.
Aku rindu Ya Allah. Kau
sampaikanlah pesan rindu aku ini kepadanya Ya Allah. Seumur hidup aku,
tak pernah aku rasakan kasih sayang dari seorang wanita sehebat dia.
Tapi semuanya sudah terlambat untuk aku menghargai dan ucapkan terima
kasih, kerana kini dia telah pergi. Pergi jauh dari diri ini. Pergi jauh
meninggalkan aku, dan diri ini sudah pun dibenci.
Ya Allah,
malam ini aku menangis Ya Allah. Setelah sekian lama airmata ini aku
pendam. Akhirnya ia gugur jua. Setelah sekian lama aku berlagak kuat
didapan orang ramai, akhirnya ia mengalir jua tika aku sendiri.
Ya Allah.. Hanya satu aku mohon padamu Ya Allah, kau kuatkan lah hatiku
untuk menanggung rindu ini Ya Allah. Kau kuatkan lah juga hatinya untuk
mengharungi pahit maung hidupnya yang aku sendiri tahu Ya Allah. Padamu
kini tempat aku mengadu. Ya Allah, andai dia jodohku, kau rapatkanlah
kami kembali. Tapi andai dia bukan milikku, kau satukanlah kami sebagai
seorang sahabat tanpa rasa dengki dan iri dihati Ya Allah. Aku terlalu menyayangi dirinya. Walau apa pun yang dikatakan orang, hanya aku yang tahu hatinya Ya Allah.
Ya Allah, kau lembutkanlah hatinya Ya Allah, kau jauhkanlah perasaan
bencinya padaku. Kau jauhkan lah dari mindanya untuk menjadikan aku
musuhnya Ya Allah. Ya Allah, andai aku pergi dulu, kau jagalah hambamu
yang paling ku cinta itu didalam naunganmu Ya Allah. Kau berikanlah dia
jalan dan rahmat yang kau redhai Ya Allah. Sesungguhnya tiada apa yang
lebih ku pinta padamu melainkan untuk sentiasa menjaganya untuk aku.
No comments:
Post a Comment